Namun, silap langkah dan cara hanya akan menyebabkan dropshipper yang diambil menambahkan beban owner bisnes.
Training dah beri, cara dan tips pun dah beri. Tapi dropship masih senyap sunyi tidak membantu meningkatkan sales pun!
Ini antara tips secara ringkas bagaimana nak urus dropship dari zero to hero yang dikongsikan oleh Cikgu Shaiful Sifu (Pemilik Jubah Sifu Abaya).
5 TIPS ASAS URUS DROPSHIP AGAR SALES NAIK
1. TETAPKAN TARGET SALES SETAHUN
Bermula dengan menentukan target sales sebulan, kita akan dapat kenalpasti berapa sebenarnya unit produk yang perlu dijual untuk bulan-bulan seterusnya sepanjang tahun.
Kita juga perlu mengenalpasti berapa unit produk sebulan yang biasa dropship mampu jual. Dengan itu, target kita lebih realistik dan mampu dicapai.
2. AJAR DROPSHIP ILMU ASAS MARKETING
Ilmu asas yang penting untuk diajar kepada dropship agar mereka dapat mempraktikkan untuk meningkatkan jualan adalah seperti ilmu close sale, instagram, follow up.
Namun yang paling penting adalah ilmu mindset yang betul. Tanpa mindset yang betul, dropshipper mudah lemah dan negatif.
Pemikiran yang lemah dan belum selesai menyukarkan dropship untuk mengejar target sale nya.
3. SENTIASA BERI MOTIVASI DAN INGATKAN DROPSHIP
Antara cara memotivasikan dropship adalah dengan sentiasa refresh mindset dropship kita.
Ingatkan mereka bahawa cara mudah untuk mereka membuat jualan sebenarnya adalah dengan mereka memiliki terlebih dahulu produk yang ingin dipromosikan.
Tanpa merasai dan menggunakan sendiri produk yang akan dijual, tuh atau perasaan menjual itu kurang sampai kerana hanya berdasarkan bayangan.
Kita sebagai founder atau stokis juga perlu betulkan mindset. Dropship bukan pekerja kita.
Dropship juga boleh jadi sebagai pelanggan kita (tukang beli). Mereka merupakan customer dalam bentuk seller bagi produk kita.
4. PROSES URUS DROPSHIP PERLU TERATUR
Tanpa proses yang betul, pengurusan dropship boleh jadi caca merba. Antara proses asas yang perlu owner/founder atau stokis ambil tahu adalah seperti di bawah.
5. IKAT DROPSHIP DENGAN LATIHAN, HUBUNGAN DAN GANJARAN
Perlu diingat, dropship adalah manusia yang memerlukan perhatian. Mereka akan mudah rasa sayang dengan team jika kita sentiasa mengambil berat terhadap mereka.
Selain sentiasa memberikan latihan coaching merungkaikan kebuntuan mereka mendapatkan jualan, founder atau stokis juga perlu sentiasa menjaga hubungan/ engangement dengan dropship.
Dan pastinya team yang selalu diberi ganjaran/reward atas usaha mereka akan lebih perform (prestasi baik).
Perlukan mentor untuk belajar cara urus dropship langkah demi langkah dengan lebih teratur dan detail?
Kami sarankan anda ikuti kelas online yang sangat berbaloi ini
No comments:
Post a Comment