Ini adalah Tuan Aqif Azizan.
Beliau merupakan seorang konsultan iklan yang telah menguruskan lebih 6 bisnes berbeza (konsultan untuk 6 syarikat yang berbeza).
Dalam menghasilkan kempen iklan berkesan, Tuan Aqif dan team telah bereksperimen lebih 15,000+ kempen iklan dengan perbelanjaan melebihi RM8 juta setahun.
Banyak tips dan panduan yang LuckarLogo perolehi dari beliau. Antaranya adalah komponen iklan yang diperlukan orang bisnes.
Komponen ni sangat penting perlu ada dalam checklist orang bisnes sebagai asas sebelum kita naikkan sales.
APAKAH KOMPONEN IKLAN YANG PALING PENTING DALAM BISNES?
1. MINDSET
Apa yang kita fikirkan, apa yang kita cakap. Ia akan jadi
doa.
Jadi jaga-jaga dengan mindset yang ada dalam fikiran dan minda kita.
Jika positif, positiflah ia.
Jika asyik fikir aaahhh takkan jadi, maka tidak akan berjayalah jawapannya.
2. STRATEGI
Nak hasilkan iklan juga perlukan strategi.
Kadangkala target atau objektif bukan nak dicapai pada iklan pertama.
Macam sesetengah iklan yang telah dihasilkan, iklan pertama hanyalah sebagai tarikan untuk audience ke iklan seterusnya.
Itulah salah satu dari strateginya.
3. TAKTIK
Taktik ni adalah cara yang kita gunapakai untuk menghasilkan iklan tu.
Contohnya, pembelian kereta mewah dan kereta biasa.
Kedua produk ni akan gunakan taktik iklan yang berbeza.
Mungkin kereta mewah kita lebih banyak gunakan emosi. Manakala
kereta biasa iklan kita lebih kepada logik dan rasional.
Apapun, ikut dari kajian Tuan Aqif Azizan ni,
STORY IS THE BEST WAY!
Jika nak guna story telling, kita kena selalu mengandaikan
macam kita ni customer/pelanggan.
Jika kita jadi customer, apa yang kita akan buat?
Nak tahu lanjut teknik-teknik yang dibongkarkan Tuan Aqif Azizan melalui pengalaman beliau dan team menghasilkan iklan berjuta-juta?
No comments:
Post a Comment