U&I CAFE (Kepong)



U & I Cafe merupakan kafe yang menghidangkan pelbagai sajian western dan lokal di Kepong, Kuala Lumpur. Interior kedainya yang santai boleh membangkitkan selera dan ketenangan untuk pelanggan.

Logo U&I Cafe pula menampilkan ikon pemilik kafe yang lebih mesra dipanggil Teacher Yati dengan garfu dan sudu sebagai simbolik 'makan'.

Menampilkan logo yang simple, agak comel dan penyayang sesuai dengan motto mereka. Food.Friends.Fun.

Gabungan warna elegan hitam ditonjolkan bersama warna kuning di dalam logo ini. Di mana warna kuning secara psikologinya boleh membangkitkan selera makan pelanggan.

0

MIA's Kiddy Shop



Logo Bisnes ini dihasilkan dengan idea menggabungkan ikon anak-anak kesayangan Puan Khadijah yang terdiri daripada 2 lelaki dan seorang perempuan.

Dengan warna kegemaran masing-masing, ia bisa menjadi inspirasinya untuk meneruskan berbisnes online pakaian dan bahan bantu mengajar kanak-kanak.
0

Empayar Alfatih Dinamis



Empayar Alfatih Dinamis

Empayar Alfatih Dinamis merupakan perniagaan yang menjual produk kekeluargaan dan kesihatan. Dinamis dengan produk Shaklee dan Pendidikan Kanak-kanak, Empayar Dinamis memilih 3 tona warna.

Menggabungkan warna hijau shaklee, kuning keceriaan kanak-kanak dan putih bersih merupakan pilihan yang terbaik untuk produk kesihatan natural dan kanak-kanak.

Pelanggan boleh dapatkan produk Shaklee dan bahan bantuan mengajar (BBM) kanak-kanak di FB Fatihah My atau web https://fatihahmy.blogspot.com/
0

D'Na Tailor


D'Na Tailor merupakan bisnes handmade jahitan secara atas talian (online).

Menggunakan ikon mesin jahit lama sebagai simbol keaslian dan ketelitian jahitannya, D'Na tailor memilih gabungan warna hitam dan keemasan sebagai lambang elegant, kekemasan dan kejayaan.

Kini, jika anda berminat mahu tempah baju secara online, ia bukan lagi masalah. Boleh hubungi Puan Iena di Facebook beliau Iena Sahlina
1

DEWI




De Entrepreneur Who Inspires (DEWI) merupakan satu nama yang memberi inspirasi kepada team apheeza.com yang menjual produk Tasneem Naturel.

Sesuai dengan logo pasukan dan bisnes, DEWI menampilkan logo ikon berbentuk gabungan gear, briefcase dan graf sales yang menaik. Ia  sebagai lambang pasukan perniagaan yang berjaya.

Gabungan warna pink feminin dan biru gear sebagai lambang komunikasi berkesan antara pasukan. Ikon gear juga menunjukkan pasukan ini sentiasa berdaya usaha dan terus jalan ke depan.

Berminat ingin menyertai team DEWI?
Bolehlah layari apheeza.com
0

Sanggul Lintang Handmade By Mama June





Mengetengahkan jenama Sanggul Lintang Handmade by Mama June, mompreneur ini menghasilkan sendiri hiasan sanggul lintang.

Logo berwarna keemasan sesuai dengan produk yang melambanngkan mahkota hiasan kepala tradisional sejak dahulu.

Dengan huruf J berbentuk wajah wanita yang memakai sanggul lintang, ia memberikan keyakinan bahawa keayuan mereka akan terserlah bersama hiasan kepala ini.

Sanggul lintang ini boleh dipakai oleh si dara ketika majlis perkahwinan mahupun kanak-kanak untuk acara sekolah.

Berminat boleh dapatkan dengan Mama June di Facebook Pazlene June
0

Luckar Logo


Follow Luckar Logo, Wajah Bisnes Anda 
di Facebook Page Luckar Logo dan 


3

Ralisya Resources


Ralisya Resources adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), menjual barangan seperti permainan kanak-kanak, bahan bacaan keluarga, agama dan pembelajaran si manja serta produk-produk kesihatan untuk seisi keluarga.

Sesuai dengan perniagaan ini, warna tema ungu dipilih sebagai warna tumpuan yang menggambarkan fokus utama syarikat ini untuk pembangunan keluarga.

Logo simbol ibu dan anak dimasukkan bagi menyerlahkan lagi misi kasih sayang yang di bawa Ralisya dengan produk yang dipilih.
0

TAPIS




Logo Taman Asuhan Putera Puteri Islam ini di naiktaraf tanpa mengubah elemen sedia ada.
Disuntik dengan lakaran simbol baharu yang lebih ceria, elemen yang dikekalkan antaranya adalah kanak-kanak, buku, pen, bulan dan bintang.

Warna tema maroon sebagai identiti asal TAPIS juga dikekalkan
0

Santan AA


Facebook Santan AA


Memilih tema warna hijau dan coklat yang sinonim dengan kelapa.
Jenama Santan AA membekalkan santan segar/ parut sekitar Lembah Klang (Boleh COD).

Logo ringkas ini dihasilkan menggabungkan kelapa tua dan santan yang 'tumpah' terus menjadi perkataan 'santan' bagi menggambarkan kesegaran dan keasliannya.

0

Ummi Sayangiku


ummisayangiku.com

Bertemakan kasih sayang yang bagai ditatang minyak yang penuh, Ummi Sayangiku memilih kehangatan simbol S kombinasi seekor angsa dan hati sebagai dasarnya.

Gabungan warna hijau simbolik alami dan merah tanda kehangatan cinta sang ibu kepada anaknya.

Ikon bayi ditambah bagi melengkapkan lagi makna 'ummi sayangiku'.
0

Aulad Readers


Aulad Readers
0

Maindo Kids


maindokids.com


Kombinasi logo huruf yang menggabungkan perkataan Maindo Kids.

Di bawah perkataan 'kids' diletakkan simbol senyum menampakkan seolah keceriaan kanak-kanak yang berhak untuk hidup dengan gembira.

Gabungan perkataan dengan warna merah jambu dan hijau melambangkan warna kasih sayang dan 'nature' kanak-kanak yang perlu bermain untuk membentuk minda yang pintar.

Dengan motto Creative Learning For A Smarter Living, Maindo Kids menghasilkan produk pendidikan awal kanak-kanak yang kreatif.

Kanak-kanak di beri peluang belajar dengan cara yang paling menyeronokkan dan kreatif sambil bermain.

Logo perkataan ini ringkas namun membawa maksud yang mendalam apabila titik bagi huruf 'i' di gantikan dengan simbol otak. Menunjukkan usaha team ini untuk melahirkan anak yang cemerlang.
0

Fida Online Shop


Facebook page : FIDA Online Shop

Kedai online di Facebook Page dengan nama Fida Online Shop ini di serikan dengan warna kegemaran pemilik.

Warna ungu melambangkan fokus atau pusat tumpuan sangat bertepatan dengan tarikan yang diinginkan kepada audiens untuk melawat page ini.

Simbolik gabungan nama F.I.D.A dan troli beli belah dipilih sesuai untuk pelbagai niche yang dijual di laman sosial ini.








0

Seminar Pengurusan Emosi


ehsabar.com

Logo berkonsepkan simbolik hati, tangan dan keluarga ini sesuai dengan matlamat Seminar Eh Sabar ini diadakan.

Bertujuan menyebarkan ilmu bagaimana ibu bapa bisa mengurus emosi dengan cepat, tepat dan efektif digarapkan dengan elemen tangan yang melentok memegang hati/ jantung.

Jantung sebagai pusat simpanan memori yang dilalui oleh keluarga bahagia yang mahu dibina.

Memilih putih bagi elemen ibu, ayah dan anak sebagai lambang sebuah keluarga yang harmoni, tenang dan suci bilamana emosi ahli dalam rumah tangga dapat diurus dengan baik.

Elemen tangan yang bewarna biru melambangkan ketenangan dan kesabaran yang diperlukan dalam rumah tangga.
0

Cuti Pulau Langkawi



Logo Cuti Pulau Langkawi dengan tema relaks dan santai bagi menggambarkan ketenangan percutian.

Lakaran logo ini menampilkan elemen pokok nyior (kelapa) dan tanah pulau sebagai simbolik percutian di Pulau Langkawi.

Pemilihan waran warni melambangkan keceriaan dan keseronokkan yang didambakan ketika bercuti di Pulau Langkawi.

0

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com